Alhamdulillah, akhirnya patung tugu negara tak lagi disembah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 01, 2010

Alhamdulillah, akhirnya patung tugu negara tak lagi disembah

Sumber: lordazaab.
Akhirnya kerajaan akur juga dengan Majlis Fatwa. Majlis fatwa dah lama keluarkan fatwa kata haram kepada upacara bertafakur dihadapan Tugu Negara yang sebelum ni setiap tahun diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.  - e-Fatwa
Fatwa ni dikeluarkan pada muzakarah kali ke 39 bertarikh 21 September 1995. Maknanya kerajaan Umno BN ambik hampir 15 tahun baru nak ikut. Kalau ambil tarikh 7 Oktober 1987 macam yang tertulis kat atas tu lagi la lama, maknanya dah  23 tahun dah usia fatwa tu baru nak digunapakai.

Ini menggambarkan wajah sebenar Malaysia yang selalu dilaungkan sebagai 'negara Islam contoh'. Kalau orang dah boleh mengundi dah pun.

Bernama melaporkan:
Kerajaan pada Rabu memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. - Bernama
    ⊗

Fatwa berkaitan
Nota kaki Cenangau makan cekam:  Walaupun sudah agak terlalu lewat, aku nak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana akhirnya berani jugak melawan adat. Macam kata mat salon 'better late then never" :D


Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...