Siapa Azmin nak selamatkan Pakatan Rakyat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 18, 2015

Siapa Azmin nak selamatkan Pakatan Rakyat?

Siapa Azmin nak selamatkan Pakatan Rakyat? Kalau niat nak jadi penchachai PAS dalam PKR baik tak payah la kut, takut yang dikejar tak dapat yang dikendong pulak berciciran.

TheMalaysianInsider melaporkan:
PKR hari ini mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) secara rasmi tidak lagi wujud berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, dan parti demokratik itu sendiri mengisytiharkan berakhirnya gabungan yang berusia 7 tahun itu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti utama dalam pakatan pembangkang itu kesal dengan tindakan kedua-dua parti sama ada PAS dan DAP yang menyatakan PR tidak boleh berfungsi lagi. - TMI.
Juga dilaporkan:
“Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal," kata Dr Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang dalam satu kenyataan petang ini.

“PKR menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat PR yang kami anggap tindakan tergesa-gesa,” kata Dr Wan Azizah sambil menambah pendirian parti itu diluluskan pada mesyuarat biro politik parti itu malam tadi. - Ibid.
Kalau ikut kenyataan dari Presiden PKR tu nampak memang kompom dah Pakatan Rakyat dah berkubur. Dan kalau tengok kerasnya kenyataan dan sikap hampir keseluruhan pemimpin DAP dan sebahagian dari pemain utama dalam PAS macam Naib Presiden Ust Nik Amar dan AJK PAS Pusat Dr. Zuhdi memang kompom Pakatan Rakyat dah boleh dikuburkan.

Entah macamana tiba-tiba Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang ponteng mesyuarat biro politik PKR tersebut tiba-tiba boleh keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Presiden PKR.

Harakahdaily melaporkan:
Berbeza dengan pendekatan DAP yang menganggap Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi, sebaliknya PKR percaya perpecahan itu masih boleh lagi diselamatkan.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata ketiga-tiga parti perlu mengadakan rundingan segera mengelak berlakunya perpecahan terhadap kerjasama yang dibentuk sebelum ini.

Katanya, memang ada perbezaan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat terutama DAP dan PAS namun yakin pakatan boleh diselamatkan.

"Duduk dan berbincang secara berhemah dengan menghormati pihak lain. Saya percaya kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

“Jangan pula sampai Pakatan berpecah. Perlu ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya selepas menyerahkan kunci rumah kekal mangsa banjir di Simpang Tiga Kuari Manek Urai Baru hari ini.

Pada majlis itu Azmin menyerah replika kunci kepada Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. - Hrkh
Sebelum ni aku ada update status dalam facebook:
Bab KRISIS Pakatan Rakyat katanya PKR akan msyt malam ni.
Agak2 ada dak proksi PAS dalam PKR? Kalau ada agak-agaknya mana banyak dengan proksi DAP?
Dalam PAS pun ramai proksi DAP takkan dalam PKR takdak... - Facebook.
Siapa Azmin nak selamatkan Pakatan Rakyat? Kalau niat nak jadi penchachai PAS dalam PKR baik tak payah la kut, takut yang dikejar tak dapat yang dikendong pulak berciciran.

Nasihat aku kat Azmin, lebih baik dia adjust balik 'alignment' di Selangor tu bagi stabil semula. Aku takut nanti dengan jawatan Menteri Besar Selangor pun terlepas ke tangan orang lain lepas ni.

Kalau boleh 'duduk dan berbincang secara berhemah dan menghormati pihak lain' takkannya Pakatan Rakyat jadi macam ni.

Benda dah terlajak jauh sangat dah, rosak dah teruk sangat dah dan banyak sangat dah hati yang terguris dan terluka.

Ditambah pulak dengan sikap ego pemimpin utama DAP dan sebahagian dari pemain utama dalam PAS tu, bukan takat nak 'berbincang secara berhemah' nak duduk sekali pun belum tentu depa mau.

Ingat proksi Umno dalam PAS dan DAP duduk saja ka?
Hahaha...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...