Dr. Mahathir sediakan dana RM5billion untuk parti Muhyiddin tumbangkan Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 09, 2016

Dr. Mahathir sediakan dana RM5billion untuk parti Muhyiddin tumbangkan Umno?

Dengan modal 'dedak' sebesar tu aku yakin parti baru tu akan berjaya beli undi ahli dan penyokong Umno diperingkat cawangan dan akar umbi dengan jumlah yang significant

Malaysiakini dalam berita bertajuk "‘Muhyiddin tak sehebat Anwar, parti baru tak akan bertahan’" melaporkan:
Kewibawaan adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju parti dan sejauh mana sokongan akar umbi, kata seorang penganalisis politik.

Dan menurut Prof Madya Jeniri Amir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dijadualkan mengetuai sebuah parti baru, kurang menyerlah, tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Jeniri, tidak yakin parti baru berkenaan akan memberi kesan besar dan hanya akan menarik sokongan daripada segelintir individu yang kecewa dengan Umno. - Mkini.
Utusan Malaysia dalam berita bertajuk "Jangan ambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Mahathir" melaporkan:
Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama...itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka. - Utusan.
FreeMalaysiaToday pula dalam berita bertajuk "Bung Moktar beri amaran, parti baharu Dr M mampu ‘celakakan’ Umno" melaporkan:
Parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad mampu ‘mencelakakan’ Umno jika penubuhan parti itu dianggap remeh oleh ahli dan kepimpinan Umno.
Kebimbangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang senada dengan kenyataan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bahawa parti baharu Dr Mahathir mampu bertahan lama dan bergerak jauh.

“Parti baharu Tun Mahathir tidak boleh dianggap enting (remeh) atau seolah ia hanya parti serpihan dan tidak mendatangkan apa-apa ancaman kepada Umno. Inilah masanya untuk Umno fokus ke arah memperkuatkan parti supaya beri keyakinan kepada ahli dan rakyatnya.

“Kalau ahli Umno leka, maka kesilapan besar akan berlaku dan Umno bakal ‘dicelakakan’ oleh parti pembangkang,” katanya kepada FMT. - FMT.
Aku yakin bukan setakat dalam Umno sahaja tapi dikalangan pembangkang pun ramai yang tak rasa parti baru yang Dr. Mahathir nak tubuh tu takkan mampu mencabar Umno dan menggugat BN dalam pilihanraya akan datang. Tambah-tambah lagi kalau tengok parti baru tu sekadar partii Muhyiddin.

Kalau tengok kepada sokongan yang agak lemah yang Dr. Mahathir dan Muhyiddin dapat masa roadshow ceramah yang dibuat sebelum ni dalam "Gerakan Selamatkan malaysia", memang kekuatan parti baru tu wajar diragui.

Kalau tengok kepada jumlah hadirin ceramah-ceramah yang melibatkan Dr. Mahathir dan Muhyiddin yang tak ramai mana tu memang sapa pun tak yakin parti baru yang Dr. Mahathir dan Muhyiddin nak tubuh mampu mencabar Umno BN dalam pilihanraya.

Cumanya ramai yang seolah-olah terlupa yang Dr. Mahathir adalah seorang ahli politik veteren yang cukup bijak berpolitik. Kalau Dr. Mahathir tak cukup hebat takkan dia mampu kekalkan kekuasaan dia sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri paling lama dalam sejarah iaitu lebih 22 tahun.

Selain dari kehebatan dia sebagai ahli politik yang cukup berpengalaman juga ada yang dakwa ada Dr. Mahathir modal 'dedak' yang cukup besar iaitu sebanyak RM5billion.

Betul atau tidak aku tak berapa pasti tapi kalau ikut apa yang FreeMalaysiaToday tulis memang aku langsung tak heran kalau dakwaan FMT tu benar. Lagi pun kalau tak cukup modal takkan Dr. Mahathir sampai berani suruh Muhyiddin tubuh parti baru.

Tara Najib yang depa kata takut bini tu pun ada yang sanggup bagi 'derma' sampai RM2.6billion takkan 'negarawan' hebat macam Dr. Mahathir orang tak sanggup nak bagi atau mungkin lebih tepat lagi 'berani tak bagi'.

Berapa ramai taikun yang Dr. Mahathir lahirkan yang dah kaya-raya sekarang ni yang tentu punya Dr. Mahathir boleh 'paksa' depa salurkan dana. Tentu punya Dr. Mahathir ada simpan rekod dan bukti kerjabuat depa-depa tu sebelum ni.

Kalau tengok kepada keadaan sekarang aku tak yakin parti BERSATU yang bakal Muhyidin kepalai tu akan mampu tarik ramai pemimpin Umno untuk bersama dia.

Tapi dengan modal 'dedak' sebesar tu aku yakin parti baru tu akan berjaya beli undi ahli dan penyokong Umno diperingkat cawangan dan akar umbi dengan jumlah yang significant.

Tambah-tambah pulak orang Umno peringkat akarumbi sekarang ni semakin ramai yang meluat dan marahkan Najib jadinya kerja parti baru tu tidaklah susah mana untuk ubah taat setia depa dari Najib kepada Muhyiddin.

Dengan pertandingan 3 penjuru antara calon Umno, PAS dan parti baru tu yang bakal dapat sokongan jitu Pakatan Harapan memang tak mustahil calon parti baru tu mampu buat kejutan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...