Krisis Menteri Besar: PAS Terengganu jangan jadi BANGANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 05, 2016

Krisis Menteri Besar: PAS Terengganu jangan jadi BANGANG

PAS Terengganu juga tak patut jadi BANGANG dengan pendekatan "tunggu dan lihat". PAS Terengganu patutnya bersama Ust Tuan Ibrahim dan juga TG Hj Hadi rancang dan laksanakan strategi terbaik supaya Adun PAS Terengganu bersama Ahmad Said dan Ghazali Taib dapat bentuk kerajaan baru secepat mungkin.

mStar dalam berita bertajuk "PAS Sedia Ambil Alih Terengganu - Tuan Ibrahim" melaporkan:
PAS semakin berkobar-kobar untuk kembali memerintah Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menggulingkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Parti Islam itu akan meneruskan usaha berkenaan melalui undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya sebagai menteri besar, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Ahmad telah mengeluarkan kata dua terbaharu kepada Ahmad Razif supaya meletak jawatan.

Ahmad memberitahu The Star bahawa beliau akan menyertai "pihak lain" yang akan membolehkan mereka membentuk kerajaan melainkan menteri besar berundur. - mStar.
Aku cukup sokong kenyataan Timbalan Presiden PAS ni, PAS patutnya ambil peluang yang terbuka luas sekarang ni untuk PAS ambilalih pentadbiran kerajaan Terengganu.

Cumanya aku tak bersetuju bila dalam masa yang sama Ust Tuan Ibrahim juga belasah Ahmad Said macam yang juga dilaporkan mStar:
Tetapi beliau menyelar Ahmad kerana membuat ancaman.

"Beliau tidak boleh hanya buat bising mengenainya. Jika Umno akan memecatnya, maka beliau harus meletak jawatan," katanya sambil menambah bahawa sekutu Ahmad iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib juga perlu keluar daripada Umno. - Ibid.
Timbalan Presiden PAS tu patutnya bukan menyelar macam tu sebaliknya patut cuba sebaik mungkin untuk pujuk dan yakinkan AhmadSaid dan juga sekutunya Ghazali Taib supaya segera istihar keluar Umno dan bersama PAS mengujudkan Kerajaan Terengganu yang baru.

Tambahan Ahmad Said sendiri macam yang dilaporkan Malaysiakini dalam berita bertajuk "Bekas MB ancam keluar Umno, kerjasama dengan PAS" dah pun sebut sedia bersama PAS membentuk kerajaan baru di Terengganu.
Ahmad Said berkata, sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan sekarang, beliau mungkin keluar Umno dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru. - Mkini.
Ust Tuan Ibrahim juga patut meyakinkan seluruh kepimpinan PAS untuk setuju PAS segera ambilalih Terenggganu dan sanggah PAS Terengganu yang nampaknya lebih suka 'pilihan BANGANG' supaya MB Terengganu membubarkan DUN.

AstroAwani dalam berita bertajuk "PRN awal jalan terbaik selesaikan kemelut kepimpinan - PAS Terengganu" melaporkan:
Pilihan Raya Negeri (PRN) awal merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan di Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Yahya Ali berkata kini terpulang kepada rakyat bagi menentukan semula parti manakah yang dirasakan layak untuk mentadbir kerajaan negeri.

"Yang paling bagus kalau kita bercakap soal demokrasi, suara rakyat dalam keadaan kepimpinan kerajaan negeri yang tidak stabil ini, itu (PRN) adalah penyelesaian terbaik," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Perunding Pelaksanaan Syariat Islam Terengganu (MAPIT) di Kuala Terengganu hari ini.

"Sikap PAS kita tengok dahulu. Yang penting usul itu boleh dikemukakan dahulu sebab berdasar kepada pengalaman lepas, walapun Datuk Seri Ahmad Said (bekas Menteri Besar) mengusulkan undi tidak percaya, ia tidak akan lepas juga sebab Speaker dah berhenti daripada awal. Untuk kita buat andaian susah juga," katanya lagi. - AstroAwani
Dalam keadaan semua rakyat tahu yang pilihanraya di Malaysia bukan benar-benar demokratik tambah-tambah dalam keadaan Umno BN menguasai kerajaan tiba-tiba PAS Terengganu lebih suka hadapi pilihanraya sedangkan peluang untuk berkuasa sudah terbuka luas.

Jika diadakan pilihanraya awal dalam keadaan Umno BN memerintah tentu punya Umno BN akan menyalahgunakan jentera dan kewangan kerajaan negeri untuk pastikan depa terus dapat kerusi majoriti dan terus berkuasa.

Aku tak nafikan "suara rakyat" adalah suara keramat dan setiap kerajaan perlukan sokongan majoriti rakyat jadinya selepas PAS Terengganu dengan sokongan Ahmad Said dan Ghazali Taib membentuk kerajaan baru, PAS Terengganu bolehlah merancang untuk diadakan pilihanraya awal untuk mendapat mandat rakyat.

Lagi satu PAS Terengganu juga tak patut jadi BANGANG dengan pendekatan "tunggu dan lihat". PAS Terengganu patutnya bersama Ust Tuan Ibrahim rancangkan strategi terbaik supaya Adun PAS Terengganu bersama Ahmad Said dan Ghazali Taib dapat bentuk kerajaan baru secepat mungkin.

Pada aku mungkin tindakan paling tepat sekarang ni adalah PAS Terengganu perlu dapatkan persetujuan semua Adun pembangkang Terengganu termasuk Ahmad Said dan Ghazali sendiri Taib pergi mengadap Sultan Terengganu bersama nama calon MB Terengganu yang baru yang dapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Takkan kut PAS Terengganu tak teringin nak nobatkan Adun Rhu Rendang sekali lagi jadi Menteri Besar Terengganu kut. Lagi pun inilah peluang terbaik untuk Hj Hadi dan PAS Terengganu untuk memperbetulkan semula persepsi buruk akibat cuma bertaham sepenggal selepas menguasai Terengganu selepas PRU tahun 1999.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...