Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) : Kalau bukan ahli Umno Muhyiddin nak harap siapa sokong? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 10, 2016

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) : Kalau bukan ahli Umno Muhyiddin nak harap siapa sokong?

Kalau betul bercita-cita untuk kalahkan Umno BN, macam mana cara sekali pun Muhyiddin kena dapatkan seramai mungkin aktivis Umno terutama sekali diperingkat cawangan dan akarumbi untuk bersama sebagai penggerak parti.

Kredit image: Facebook
Sinarharian dalam berita  bertajuk "'Saya tak harap sokongan ahli  Umno'" melaporkan:
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengharapkan sokongan ahli Umno terhadap parti baharu yang bakal diterajuinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) .

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Umno bagaimanapun berkata, Bersatu sedia membuka ruang kepada ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti itu. - Sinarharian.
Kalau tak harapkan sokongan ahli Umno siapa yang Muhyiddin harapkan akan jadi penyokong parti Bersatu ni? Takkan kut Muhyiddin mengharapkan sokongan ahli PKR dan Amanah.  Lebih tak logik kala Muhyiddin nak harap sokongan ahli DAP ataupun PAS.

Juga dilaporkan:
"Saya tidak harapkan sokongan dalam Umno kerana mereka ahli Umno. Saya faham kerana kami pun tahu sebagai bekas ahli Umno, boleh dikatakan ramai ahli parti yang saya kenal menunjukkan perasaan tidak 'menggalakkan' terhadap kepimpinan yang ada.

"Tetapi mereka tidak bersedia untuk menyatakan secara terbuka. Bagi saya, sekarang ini kita sudah menyediakan ruang baharu bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dan perjuangan sama untuk bersama dengan kita," katanya selepas menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.
Kalau setakat untuk jadi penyokong dalam senyap dan sekadar untuk dapatkan undi masa pilihanraya aku tak rasa parti baru yang Muhyiddin tubuhkan ni akan ada masalah besar, tambah-tambah kalau betul macam khabar angin yang kata Dr. Mahathir dah sediakan dana yang cukup besar untuk parti Bersatu ni.

Masalah Muhyiddin sekarang ni adalah untuk cari penggerak kepada parti Bersatu yang baru ni. Tanpa penggerak yang berkualiti walaupun ada dana besar mana pun cita-cita Dr. Mahathir untuk kalahkan Umno BN takkan berjaya.

Kalau Muhyiddin sekadar mengharapkan "sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dan perjuangan sama untuk bersama dengan kita" aku sangat yakin parti Bersatu takkan berjaya dapatkan sokongan.

Takkan Muhyiddin mengharapkan orang yang 'berpotensi' macam Syed Saddiq yang sebelum ni tidak aktif berpolitik untuk jadi penggerak parti baru tu sebab orang macam Syrs Saddiq tu dah hampir pupus, samada dah jadi ahli politik ataupun depa dah meluat dengan politik.

Kalau betul bercita-cita untuk kalahkan Umno BN, macam mana cara sekali pun Muhyiddin kena dapatkan seramai mungkin aktivis Umno terutama sekali diperingkat cawangan dan akarumbi untuk bersama sebagai penggerak parti.

Cuma dengan cara tu dana parti Bersatu yang katanya cukup besar tu dapat sampai terus kepada ahli dan penyokong Umno diperingkat akar umbi

Tambah-tambah lagi kalau betul macam kata Syed Saddiq yang merupakan salah seorang penaja parti Bersatu macam yang dilaporkan Malaysiakini:
"Ini adalah model kompromi. Parti pribumi baru (ini) akan bertanding di kubu Umno yang tidak dapat ditembusi," - Mkini.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...