Apa bukti Najib bagi PAS RM90juta sampai penyokong Amanah nampak macam seronok sangat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 08, 2016

Apa bukti Najib bagi PAS RM90juta sampai penyokong Amanah nampak macam seronok sangat?

Khabar angin tak kira kita yang dengar atau Sarawak Report yang dengar atau siapa pun yang dengar tetap berstatus khabar angin yang mungkin palsu melainkan disertakan dengan bukti.

Sarawak-Report-tuduh-Najib-beli-PAS-RM90juta
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Dakwaan RM90 juta PAS kecurigaan meluas, kata S'wak Report" melaporkan:
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Ini selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man awal hari ini menyangkal dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam Sarawak Report Sabtu lepas. - Mkini.
Aku tak berapa nak boleh terima pasai apa di timeline facebook aku terutamanya ramai sangat yang nampak seronok sangat kutuk PAS gunakan tulisan Sarawak Report tu. Cara kebanyakkan depa tulis tu macam memang dah soheh PAS dah terima RM90juta tu dari Najib.

Padahal Malaysiakini pun sangat jelas tulis "kecurigaan yang meluas" yang tunjukkan benda ni tak lebih sekadar masih pada tahap sangkaan saja baru.

Berita tu juga melaporkan:
Bagaimanapun, Brown berkata, dia melaporkan kecurigaan seperti terkandung dalam laman web itu dan menegaskan dakwaan itu memang telah meluas.

"PAS tidak patut menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang mengecam perkara-perkara yang sebenarnya tidak seperti diperkatakan.

"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

"Mengapa PAS bayangkan sebaliknya?

"Ia adalah apabila PAS tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' seperti ramai dalam PAS memberikan amaran.

"Najib dikenali dunia kerana korup dan telah membuat pembayaran jumlah yang besar kepada sekutu utama yang berbeza politik dengannya.

"Jadi sesiapa yang tiba-tiba menjadi rapat mesti menerima syak wasangka menyusul akan timbul," dia memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi. - Ibid.
Maknanya tuduhan Sarawak Report tu cuma berstatus sangkaan saja atas asas khabar angin yang katanya dah tersebar luas.

Khabar angin tak kira kita yang dengar atau Sarawak Report yang dengar atau siapa pun yang dengar tetap berstatus khabar angin yang mungkin palsu melainkan disertakan dengan bukti.

Sarawak Report juga gunakan hujjah atas andaian Najib yang digelar sebagai 'King Of Cash' memang selalu gunakan duit untuk 'beli' sokongan. Kalau pun betul Najib sanggup langsung takdak masalah untuk beli sokongan PAS dengan jumlah RM90juta tak semestinya bermaksud PAS mesti 'jual' sokongan tu.

Jadinya sebelum Sarawak Report dapat membuktikan dakwaan depa tu dengan bukti tuduhan tu mesti dianggap sebagai khabar angin yang kemungkinan besarnya salah. Tak payah la kut seronok sangat dah penuh yakin belasah PAS guna isu RM90juta tu.

Nasihat aku terutama sekali kepada ahli dan penyokong parti Amanah yang katanya juga parti Islam dengan selogan "Rahmatan Lil Alamin", kalau pun hangpa benci sangat dengan PAS janganlah sampai hangpa pulak berlaku zalim kepada PAS macam peringatan dari Allah dalam Surah Al Ma’idah ayat 008.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...