YB Ust Hishamuddin Adun PAS Tepuh Terengganu sokong Amanah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 08, 2016

YB Ust Hishamuddin Adun PAS Tepuh Terengganu sokong Amanah?

Lebih hebat kesannya kalau dia sanggup kata Mat Sabu Amanah SYIAH KAFIR HARBI, tentu punya dia akan disanjung tinggi oleh penyokong totok PAS dengan laungan takbir.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Penafian 'beramanah' ADUN Tepoh: Saya masih PAS" melaporkan:
Wakil rakyat PAS Hishamuddin Abdul Karim menafikan beliau menyokong perjuangan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dua kali berdepan tuduhan sama, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menegaskan masih bersama PAS dan bukan serpihan parti Islam itu.

“Jsteru, dengan perkembangan ini saya mengira wajar untuk mengambil ruangan terhad ini untuk membuat penafian secara jujur dan beramanah agar ia tidak disalah erti oleh masyarakat dan rakyat di dalam kawasan saya,” katanya. - Mkini.
Juga dilaporkan:
“Alhamdulillah, saya merupakan ahli PAS yang akan terus beristiqamah dengan perjuangan yang dipilih PAS dan berdoa kepada Allah SWT agar mengekalkan saya berada dalam perjuangan PAS yang sentiasa memandu perjuangan ahlinya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.”

Kenyataan itu dibuat susulan penyiaran sebuah artikel dalam The Star yang mendakwa beliau sealiran pemikiran dengan AMANAH serta dijadikan calon menteri besar parti itu.

Artikel itu antaranya menyebut ujian sebenar PAS-AMANAH akan dapat dilihat jika pilihan raya diadakan kerana AMANAH tidak akan dibantu oleh DAP atau undi Cina di negeri majoriti Melayu itu. - Ibid.
Kesian sungguh aku bila aku baca berita Malaysiakini ni. Tapi itulah realiti dalam PAS sekarang ni dan trend ni bukan baru bahkan sudah berakar teguh dalam PAS sekarang.

Neraca timbangan depa mudah, kalau ada ahli dan pemimpin PAS yang tak pernah maki atau belasah parti 'PAN' atau pun belasah Mat Sabu maka orang tu akan dituduh paling kurang sebagai 'harum manis'.

Aku yakin Adun PAS Tepoh tu dituduh sebagai menyokong parti Amanah sebab dia tak pernah kutuk Mat Sabu dan tak pernak maki parti Amanah.

PAS sekarang ni langsung takdak masalah kalau pemimpin depa mesra dengan Umno, akan ada macam-macam alasan dicipta untuk menghalalkan malah mungkin menggalakkan kelaku macam tu tapi kalau ada pemimpin yang dilihat agak senada dengan Amanah terus akan dilabel tidak istiqamah.

Malah ramai jugak yang cukup fobia dengan perkataan "amanah". Contoh macam Adun Tepoh macam aku kopipes kat atas tu, tentu punya akan ada orang AS yang akan cop Adun ni mesra Amanah sebabnya dia gunakan perkataan "beramanah".

Jadinya nasihat aku kepada Adun PAS Tepoh, kalau betul dia benar-benar sungguh dan ikhlas istiqomah dengan PAS dia patut kutuk Mat Sabu dan maki hamun parti Amanah sesegera mungkin.

Aku yakin kalau dalam ucapan dia didepan khalayan yang pertama selepas ni dia maki hamun Mat Sabu dan parti Amanah sebagai PENGKHIANAT, tentu punya dia takkan lagi dilabel sebagai menyokong parti Amanah.

Lagi bagus kalau dalam maki hamun dia tu dia guna perkataan babi, anjing, barua dan yang sama waktu dengan nya, atau lebih hebat kesannya kalau dia sanggup kata Mat Sabu Amanah SYIAH KAFIR HARBI, tentu punya dia akan disanjung tinggi oleh penyokong totok PAS dengan laungan takbir.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...