Lesen pemaju beri pinjaman beli rumah sebenarnya skim Umno BN untuk dapat dana PRU14? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 09, 2016

Lesen pemaju beri pinjaman beli rumah sebenarnya skim Umno BN untuk dapat dana PRU14?

Untuk menang pilihanraya Umno BN sanggup buat apa saja termasuk "menghukum orang miskin menjadi hamba kepada pemberi pinjaman sehingga ke akhir hayat.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Rafizi sifatkan cadangan Noh Omar sebagai keputusan paling gila" melaporkan:
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan merupakan keputusan paling gila mengenai perumahan dan kewangan negara.

Beliau yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR berkata, melesenkan 'along' dan meluaskan riba dengan kadar faedah 12 hingga 18 peratus adalah satu bentuk penghambaan kewangan. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Mana-mana peminjam yang mengambil pembiayaan rumah pada kadar ini samalah seperti menjadi hamba kepada pemberi pinjaman sehingga ke akhir hayat kerana jumlah bayar balik adalah di antara empat hingga enam kali ganda dari jumlah yang dipinjam. - Ibid.
FreeMalaysiaToday dalam artikel bertajuk "Pemaju bukan Ah Long, kata bekas presiden Rehda" melaporkan:
Ketua Pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker berkata, bank patut dibenarkan menjalankan perniagaan mereka, manakala pemaju pula fokus kepada pembinaan hartanah.

Katanya, kadar faedah 18% juga terlalu tinggi.

“Ini adalah kadar faedah yang dikenakan kad kredit. Mereka yang tidak boleh dapat pinjaman bank disebabkan rekod buruk, tetapi terpaksa membayar kadar faedah 18% kepada pemaju.

“Adakah kerajaan membuat peraturan ini untuk membantu pasaran atau menghukum orang miskin?

“Orang kaya mendapat pinjaman pada kadar faedah 4% daripada bank, manakala orang miskin mendapat pinjaman dengan faedah 18%.

“Bukankah ada sesuatu yang tidak kena di sini?” soal Siva - FMT.
Itu satu hal, memang tak heran pun kalau menteri kabinet Najib bagi cadangan yang BANGANG macam ni. Masalahnya betulkah Noh Omar cuma BANGANG bukannya CELAKA.

Dalam berita pada 8 September yang bertajuk "K’jaan benarkan pemaju beri pinjaman beli rumah" dilaporkan:
"Justeru itu saya mencadangkan supaya pemaju perumahan berkelayakan terutama syarikat mempunyai sumber kewangan yang banyak, seperti Sunway Group, EcoWorld, Mah Sing dan Glomac, diberi lesen pemberi pinjam wang. 
Noh berkata cadangan itu merupakan situasi sama menang untuk pemaju dan pembeli rumah.

"Bagi pemaju, kemudahan pembiayaan akhir akan menawarkan sumber keuntungan
kedua selepas jualan rumah," katanya. - Mkini.
Berita Malaysiakini hari ini juga melaporkan:
Mengulas lanjut, Rafizi menambah, pihaknya semakin cenderong untuk mengesyaki cadangan tersebut bukanlah keputusan pertimbangan dasar tetapi satu skim untuk mendapatkan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk Barisan Nasional (BN).

"Satu-satunya faktor mengekang Datuk Seri Najib Razak mengadakan PRU14 lebih awal ialah kekurangan dana memandangkan apa-apa dana yang diselewengkan dari 1MDB kini dibekukan di negara-negara lain.

"Dengan belanja PRU14 yang mencecah beberapa billion ringgit, Najib dan kepimpinan Umno mesti mencari sumber baru," tambah beliau.

Justeru, beliau khuatir sekiranya cadangan kerajaan pusat ini adalah jalan belakang ke arah itu dan sebagai balasan, kumpulan pemaju besar yang diberikan lesen perlu 'menderma' sejumlah yang besar kepada BN.

"Jika satu lesen menarik derma sebanyak RM100 juta (iaitu jumlah yang kecil bagi satu lesen institusi kewangan), lima lesen mampu menarik 'derma' politik sehingga RM500 juta," jelasnya lagi. - Ibid.
Aku rasa ulasan Rafizi tu yang paling tepat. Untuk menang pilihanraya Umno BN sanggup buat apa saja. Apa sangat kalau perlu "menghukum orang miskin menjadi hamba kepada pemberi pinjaman sehingga ke akhir hayat."

Yang penting Umno BN ada dana yang cukup besar untuk boleh tabur dedak yang mencukupi supaya keputusan PRU14 nanti Umno BN kekal berkuasa dan boleh merompak lagi

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...