Dr. Haron Din: Perginya satu lagi permata | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 16, 2016

Dr. Haron Din: Perginya satu lagi permata

Walaupun dalam bab dan isu politik, aku banyak tak setuju dengan pandangan dan pendirian allahyarham Dr. Haron Din sejak dulu lagi tapi penglibatan dan jasa beliau terutama sekali dalam bidang perubatan Islam memang tidak boleh dinafikan.

HMetro melaporkan :
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar  tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru. - Hmetro.
Salam takziah untuk keluarga allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian yang mesti dihadapi oleh orang yang hidup.

Juga salam takziah untuk seluruh ahli PAS terutama sekali para pentaksub geng Ostad atas pemergian allahyarham Dr. Haron Din Mursyidul Am PAS yang ke-3 selepas allahyarham Hj Yusuf Rawa dan allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat.

Juga dilaporkan:
"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am. - Ibid.
Walaupun dalam bab dan isu politik, aku banyak tak setuju dengan pandangan dan pendirian allahyarham Dr. Haron Din sejak dulu lagi tapi penglibatan dan jasa beliau dalam bidang agama dan dakwah Islam terutama sekali dalam bidang perubatan Islam memang tidak boleh dinafikan.

Walaupun ramai yang mempertikai beberapa kaedah dan amalan yang beliau lakukan tetapi jasa beliau dalam memurnikan bidang perubatan alternatif dari amalan khurafat amat besar dan cukup jelas dapat dilihat kesannya sekarang.

Kalau sebelum ni jampi serapah begitu kukuh dalam budaya perubatan tradisional melayu tapi dengan keujudan Darul Syifa  bukan saja berjaya memecahkan monopoli pawang dan dukun tapi kaedah perubatan Islam berjaya jauh mengatasi kaedah perubatan tradisional pawang dan dukun.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...