Jangan baca facebook: Presiden PAS memang BANGANG bab persepsi politik demokrasi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 09, 2016

Jangan baca facebook: Presiden PAS memang BANGANG bab persepsi politik demokrasi

Sedangkan dalam Al-Quran juga ada dalil yang lebih mesra persepsi yang lebih sesuai dengan waqi' Malaysia yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen yang PAS juga terlibat menyertai pilihanraya.

Harakahdaily menyiarkan satu artikel yang bertajuk "Baca Al-Quran, jangan baca facebook" satu celoteh yang ditulis Ust Nasrudin Hassan  Ketua Penerangan PAS Pusat.

Dia tulis pengalaman dia  bagi taklimat kepada Presiden PAS mengenai sikap dan pandangan awam terhadap PAS khasnya Presiden sendiri yang dia kutip dari facebook, twitter, whatsapp group dan lain-lain media sosial termasuk media konvensional.
Antara lain dia tulis:
Sebahagian mendakwa PAS telah ditipu oleh Umno dan BN, sebahagian mendakwa PAS akan menyertai Umno dan BN, sebahagian menganggap PAS salah langkah politik sehingga menyebab PAS akan terpinggir dari arus perdana tanpa menafikan sebahagian yang lain pula menyokong penuh langkah PAS membawa RUU Ahli Persendirian ke Parlimen.

Reaksi Tuan Guru Presiden sangat tenang. Setelah mendengar report dan celoteh saya mengenai respons yang pelbagai terhadap sikap dan pendekatan PAS, bukan sahaja mengenai Pindaan Akta 355 tetapi juga Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan oleh beliau, Tuan Guru Presiden hanya mengulas sepatah ayat, "anta baca Al-Quran, jangan baca facebook". - Hrkh.
Ust Nashrudin yang lebih popular dengan panggilan Ust Din Tontowi juga cerita insiden yang hampir sama semasa usrah PAS Pusat seminggu kemudian.
Seminggu kemudian, berlangsung mesyuarat bulanan PAS Pusat. Sebagaimana lazim, mesyuarat ini dimulakan dengan Usrah AJK PAS Pusat selama satu jam. Rupa-rupanya ahli usrah yang lain turut membangkitkan perkara serupa, betapa facebooker dan pengamal media sosial yang lain sebahagiannya mengecam PAS bertali arus dan mereka mahu mendapatkan respons balas dari Tuan Guru Presiden.

Sewaktu merumus perbincangan usrah pada waktu itu, sekali lagi Tuan Guru Presiden menegaskan, kita kena baca Al-Quran, jangan baca facebook saja! Cuma bezanya kali ini, Tuan Guru menghurai panjang maksud penegasan beliau bagi memahamkan ahli Usrah yang hadir.

Baca Al Quran! Al Quran tidak ada akaun palsu. Al Quran adalah benar! Al Quran adalah kalamullah. Al Quran adalah Mukjizat Nabi SAW. Al Quran adalah petunjuk dan pedoman hidup kita di dunia ini untuk sampai ke akhirat dengan selamat. Allah SWT perintah kita dalam Al Quran supaya laksanakan hukum hakamNya. - Ibid.
Celoteh Ketua Penerangan PAS ni mengesahkan lagi yang Presiden PAS memang tak pernah peduli tentang persepsi terutama sekalli persepsi masyarakat awam, masyarakat biasa, masyarakat pengundi.

Bagi aku seorang pemimpin parti politik yang tak ambil kesah tentang persepsi adalah ahli politik yang BANGANG.

Lebih bangang lagi bila ramai yang kritik di media sosial facebook, twitter, whatsapp group terus dianggap sebagai "perancangan musuh" dan terus guna dalil Al-Quran
Oleh itu, laksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt dan janganlah menghiraukan bantahan dan tentangan golongan musyrikin itu. - Surah Al Hijr: Ayat 94
Sedangkan dalam Al-Quran juga ada dalil yang lebih mesra persepsi yang lebih sesuai dengan waqi' Malaysia yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen yang PAS juga terlibat menyertai pilihanraya.
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” - Surah An-Nahl Ayat 125.
Sangat tak sesuai dengan konsep demokrasi berparlimen bila presiden sebuat parti politik islam gunakan konsep:
Kita pejuang. Kita laksanakan apa yang Allah SWT perintah. Usah peduli apa orang nak kata kepada kita asal saja kita betul betul melaksanakan apa yang Allah SWT suruh kita laksanakan. - Ibid.
Sedangkan realitinya untuk menjayakan apa yang dia nak laksanakan tu dia sangat-sangat memerlukan sokongan orang lain termasuk "orang yang kata kepada kita" tu.

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin parti politik berkonsep demokrasi berparlimen, kena ambil pandangan awam dari facebook, twitter, whatsapp group dan lain-lain media sosial sebagai salah satu panduan untuk merancang tindakan dan strategi.

Pandangan awam dari facebook, twitter, whatsapp group dan lain-lain media sosial juga sepatutnya menjadi antara sumber indikator untuk menilai kejayaan atau kegagalan tindakan dan strategi politik.

Kesimpulannya, kalau PAS terus dipimpin oleh pemimpin yang tak peduli dengan persepsi macam Hj Hadi, jangan haraplah PAS akan berjaya tegakkan Islam melalui sistem demokrasi.

Jadinya memang tak hairanlah ramai ahli dan pemimpin PAS tinggalkan PAS dan menyertai Amanah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...