Wajib sokong RUU355: Takkan Mufti Perak BANGANG sampai tara ni kut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 13, 2016

Wajib sokong RUU355: Takkan Mufti Perak BANGANG sampai tara ni kut?

Takkan dia taktau yang RUU tu dibentang di Parlimen dan kalau diluluskan memang akan terpakai bukan saja untuk Kelantan malah untuk seluruh Malaysia.

FreeMalaysiaToday dalam berita bertajuk "Mufti Perak mahu hudud dilaksanakan di semua negeri" melaporkan:
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu pindaan yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meliputi semua negeri di seluruh Malaysia.

Bercakap kepada FMT, katanya pada Khamis, beliau bukan sahaja berharap RUU itu diluluskan hanya di Kelantan, tetapi untuk seluruh Malaysia.

“Saya bukan ahli politik. Bukannya juga sebab saya penyokong PAS atau apa-apa seperti itu. Hadi bentangkan usul itu, saya menyokongnya,” kata Harussani ketika ditanya mengapa beliau tidak pernah bercakap mengenai perkara itu sebelum ini. - FMT.
Kut ada yang tak perasan aku kopipes sekali lagi:
beliau bukan sahaja berharap RUU itu diluluskan hanya di Kelantan, tetapi untuk seluruh Malaysia - Ibid.
Takkan kut sampai tara tu seorang yang pegang jawatan Mufti punya BANGANG. Nampak macam langsung tak faham undang-undang. Langsung tak tau beza antara undang-undang peringkat negara dengan undang-undang peringkat negeri.

Takkan dia taktau yang RUU tu dibentang di Parlimen dan kalau diluluskan memang akan terpakai bukan saja untuk Kelantan malah untuk seluruh Malaysia.

Kalau semangat sangat nak tengok orang melayu Islam bersatu pun jangan la sampai terserlah bangang tu.

FMT juga melaporkan:
Sinar Harian melaporkan pada Rabu yang Harussani menggesa ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira perbezaan politik menyokong RUU itu, mengatakan ia adalah “wajib” bagi umat Islam berbuat demikian.

Beliau berkata ia adalah “salah” bagi umat Islam jika tidak menyokong rang undang-undang itu.

“Itu adalah salah kerana sebagai orang Islam, mereka mesti menyokong segala usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dan saya sendiri berharap semua Ahli Parlimen Melayu dan Islam bersatu dalam menyokong isu ini.

“Jika semua memberi sokongan mereka, Insya-Allah, ia akan diluluskan,” Harussani dipetik berkata. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...