Dana 1MDB kepad PAS: Persoalannya... Pemimpin PAS mana yg dapat dari Ust Nasha... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 13, 2017

Dana 1MDB kepad PAS: Persoalannya... Pemimpin PAS mana yg dapat dari Ust Nasha...

Persoalannya sekarang, siapa pemimpin PAS yang dapat dana dari Ust Nasharuddin. Ataupun apa program atau projek PAS yang dapat dana dari Ust Nasharuddin secara langsung atau melalui pihak ke-tiga?  

Malaysaikini dalam berita bertajuk "Identiti didedah - Nasharudin Mat Isa" melaporkan:
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB.

Dalam sidang media di ibu kota hari ini, Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) berhubung perkara itu.

Beliau mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. - Mkini.
Aku yakin ramai yang langsung tak terkejut dengan nama yang Rafizi dedah tu, bayangan nama tu pun memang didedahkan oleh Rafizi sebelum ni yang kata "bekas pemimpin kanan PAS yang pernah dimarah oleh TG Nik Aziz" macam yang aku ulas dalam posting blog aku sebelum ni "Dana 1MDB kepada PAS: Rafizi bagi petunjuk ianya Ust Nasharuddin Mat Isa?"

Salain dari itu tindak-tanduk Ust Nasharuddin memang jelas nampak berusaha sungguh-sungguh untuk 'perpaduan PAS Umno' dan jugak rapatnya Ust Nasharuddin dalam beberapa program disamping Najib timbulkan lebih keyakinan yang memang Ust Nasharuddin 'dibayar' oleh Najib.

Cumanya, pendedahan Rafizi tu tanpa sebarang bukti. Rafizi cuma buat akaun berkanun (SD) yang kata dia dapat maklumat tu dari "seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan ke atas dana 1MDB."

Tak cukut kalau sekadar macam tu, sebabnya sekadar sampai kepada Ust Nasharuddin tak bermakna sampai kepada PAS.

Persoalannya sekarang, siapa pemimpin PAS yang dapat dana dari Ust Nasharuddin. Ataupun apa program atau projek PAS yang dapat dana dari Ust Nasharuddin secara langsung atau melalui pihak ke-tiga?

Kalau betul Rafizi 'ikhlas' nak dedahkan kaitan 1MDB dengan RUU355, Rafizi kena dapatkan bukti dan dedahkan siapa dalam PAS yang dapat dana dari Ust Nasharuddin Mat Isa tu.

Ataupun, tak mustahil Rafizi memang ada maklumat sampai ke situ, tapi sengaja dia belum dedahkan. Agak tak munasabah penyiasat dana 1MDB tu tak teringin nak tahu kemana dana yang Ust Nasharuddin dapat tu dia belanjakan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...