Hj Hadi 'jawab' rayuan Dr. Halimah Ali dengan "anak butir taik PAP"? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 11, 2017

Hj Hadi 'jawab' rayuan Dr. Halimah Ali dengan "anak butir taik PAP"?

Kesian Dr. Halimah, dia ingat dengan nasihat dia yang secara lembut tu mungkn ahli PAS akan berubah tapi dengan 'kepinpinan melalui teladan' yang Hj Hadi tunjuk rayuan Dr. Halimah tu jadi "tak guna sekepiang."

Sejak semalam tular satu rayuan dari Dr. Halimah Ali, Adun Selat Kelang Selangor merangkap Pengerusi LPN PAS Selangor yang juga mantan Exco Negeri Selangor macam kat bawah ni:
Bismillah..

Kepada semua pimpinan PAS, dengan rendah diri saya berharap boleh tarbiyyahkan ahli Pas jangan sembarangan mengeluarkan kata kata maki hamun atau apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai kebencian *pukal* kepada 'bangsa Cina' bila marah.

kalau ada isu halakan kepada yang menjadi isu spt nanyang siang pau. bukan pukul rata. Ramai Cina yang tak ada masalah dengan Islam dan Pas. Ikut cara Nabi SAW. Jangan ikut ketika nafsu marah. Nanti Allah pula marah naudzubillah dan penyokong Pas langkah seribu meninggalkan Pas.

Terima kasih atas kerjasama dan tahniah atas kesabaran.
Berdakwah dan bersiyasah kerana Allah

YB Dr Halimah Ali
Pengerusi LPN Pas Selangor
9 April 2017
Satu nasihat yang sangat cantik dan tepat pada masanya, tambah-tambah dalam keadaan parlimen mungkin Najib bubar pada bila-bila masa saja. Terutama untuk disebelah pantai barat terutamanya Selangor, PAS sangat memerlukan sokongan dan undi masyarakat cina untuk menang PRU14 nanti.

Tapi malang bagi Dr. Halimah, hari ni keluar satu kalimah yang mungkin 'paling bersejarah' dari mulut Hj Hadi.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Hadi: DAP itu 'anak butir t**k PAP'" melaporkan:
Dalam salah satu kecaman paling keras pernah dibuat kepada DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap parti berkenaan sebagai "butir tahi" PAP Singapura.

Berucap di Rusila malam tadi, Abdul Hadi berkata, Singapura adalah "bapa DAP" dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat). - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355).
- Ibid.
Kesian Dr. Halimah. Dia sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) tentu cukup maklum bagaimana persepsi masyarakat cina sekarang kepada PAS.

Tak macam Hj Hadi yang dikelilingi oleh 'geng pantai timur' yang aku yakin bukan saja langsung tak peduli dengan persepsi masyarakat cina malah undi orang cina pun depa tak heran.

Kesian Dr. Halimah, dia ingat dengan nasihat dia yang secara lembut tu mungkn ahli PAS akan berubah tapi dengan 'kepinpinan melalui teladan' yang Hj Hadi tunjuk rayuan Dr. Halimah tu jadi "tak guna sekepiang."

Malah aku yakin lepas ni ahli dan penyokong PAS yang memang terbukti cukup wala' dan thiqah dengan Hj Hadi akan lebih giat lagi memaki hamun musuh politik depa.

Lebih dari itu, aku langsung tak terkejut kalau lepas ini Mursyidul AM PAS pula mempertahankan Hj Hadi menggunakan perkataan "butir tahu'tu.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan pemuda melayu Islam DAP mengeluarkan satu kenyataan terbuka menasihat Hj Hadi.

Roketkini melaporkan:
Anak-anak muda DAP hari ini melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan kata-kata kesat yang dilontarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan DAP sebagai ‘anak butir tahi PAP’.

“Kami merakamkan perasaan sedih dan kecewa dengan ayat-ayat ini yang dituturkan dua bibir seorang ulama, apatah lagi seorang Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

“Kami tidak melihat sebarang kebaikan atau hikmah daripada bicara Haji Hadi dengan kata-kata yang begitu kesat, dan tidak padan dengan sunnah kenabian yang cuba beliau amalkan sehari-hari,” kata kenyataan bersama. - Roketkini.
Juga dilaporkan:
“Haji Hadi wajar bertaubat dan malu, membiarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat.

“Kami bangga menjadi mata rantai penerus perjuangan DAP, biarlah apa pun kata Haji Hadi.

“Kami lega kerana ditakdirkan tidak punya pemimpin yang jijik kata tuturnya, meski giat menyebut bahasa agama dan ketuhanan,” kata mereka. - Ibid.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...