Ust Din Tontowi dan Takiyuddin bakal singkir Ust Idris dan Iskandar dari jawatan Naib Presiden PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 12, 2017

Ust Din Tontowi dan Takiyuddin bakal singkir Ust Idris dan Iskandar dari jawatan Naib Presiden PAS?

Apa pun, untuk pemilihan PAS kali ini, senagai belas altivis PAS aku lebih berminat untuk tengok nasib Dr. Ali Akbar Gulasan dan Sanusi Md. Nor yang aku nampak menang jawatan AJK pada pemilihan lepas semata-mata sebab nama depa ada dalam senarai 'chai Hj Hadi'. 



Malaysiakini dalam berita bertajuk "Takiyuddin, Nasruddin dicalon sebagai naib presiden PAS" melaporkan:
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan Nasrudin Hassan dicalonkan sebagai naib presiden PAS dalam muktamar pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Selain nama baru itu, penyandang Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Iskandar Abdul Samad turut mendapat pencalonan cukup untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Bagaimanapun, Takiyuddin dan Nasrudin turut dicalonkan sebagai anggota jawatankuasa pusat bersama 38 lagi orang. - Mkini.
Nampaknya pemilihan PAS kali ni tidak panas. Kerusi Presiden dan Timbalan Presiden menang tanpa bertanding.

Walaupun ada suara-suara luar PAS yang berharap Ust Tuan Ibrahim mencabar Hj Hadi untuk jawatan presiden, pada aku

Yang mungkin akan sengit pun adalah pertandingan jawatan Naib Presiden yang mungkin menyaksikan pertandingan 5 penjuru.

Kalau ikut keputusan pemilihan PAS sebelum-sebelum ini perwakilan biasanya akan pilih 2 orang dari aliran agama dan seorang dari aliran profesional.

Kalau tengok di atas kertas, Ust Nik Amar nampak mendahului untuk isi satu slot untuk aliran agama. Aku yakin perwakilan PAS yang sudah disaring "sokong ulama'" pada pemilihan muktamar dan mesyuarat agung yang lepas tentu akan bagi undi kepada Ust Nik Amar.

Untuk 2 slot lagi walaupun ada lagi 4 calon tapi pilihan perwakilan adalah diantara Ust Idris Ahmad dan Ust Nasruddin Tontowi untuk satu lagi komposisi aliran agama dan diantara Iskandar Samad dan Takiyuddin Hassan untuk komposisi profesional.

Diantara Iskandar dan Takiyuddin aku berani kata Takiyuddin akan menang mudah. Dengan Takiyuddin yang dilihat sebagai 'orang kuat' Hj Hadi selain dia dianggap 'wira' RUU355 tentu perwakilan akan lebih pilih dia.

Ditambah pula Iskandar beberapa kali buat pendirian dan kenyataa yang sedikit berbeza dengan Hj Hadi tak mustahil Takiyuddin akan dapat undi yang besar berbanding Iskandar Samad.

Diantara Ust Idris Ahmad dan Ust Nashruddin aku yakin perwakilan akan lebih pilih Ust Nashruddin yang dilihat lebih ulama' berbanding Ust Idris.

Ditambah pula sebelum ni Ust Idris dilihat lebih rapat dan mesra dengan 'kumpulan Mat Sabu' dan Pakatan Rakyat. Ust Idris juga beberapa kali keluarkan kenyataan yang kemudiannya berbeza dengan Presiden.

Jadinya aku yakin kalau jadi pertandingan 5 penjuru, Ust Idris dan Iskandar akan tersingkir, kalau tiada yang tarik diri.

Malaysiakini juga melaporkan:
Jika menerima pencalonan, ketua-dua pemimpin ini dilihat bakal memberikan saingan sengit, berdasarkan latar belakang dan populariti masing-masing - Ibid.
Pun begitu ada kemungkinan juga Ust Nashruddin dan Takiyuddin akan tarik diri dari calon jawatan Naib Presiden atas sebab untuk memperlihatkan 'line-up' PAS yang padu dan teguh.

Tambah pula mereka berdua sekarang masing-masing sebagai Ketua Penerangan dan Setiausaha Agung.yang 'tak kurang kuasanya' yang tentu akan Hj Hadi kekalkan kalau mereka tidak bertanding jawatan Naib Presiden.

Apa pun, untuk pemilihan PAS kali ini, sebagai bekas aktivis PAS aku lebih berminat untuk tengok nasib Dr. Ali Akbar Gulasan< dan Mohamad Sanusi Md. Nor yang aku nampak menang jawatan AJK pada pemilihan lepas semata-mata sebab nama depa ada dalam senarai 'chai Hj Hadi'.

Kalau tengok dari segi populariti, 2 orang ni jauh ketinggalan bebanding populariti Ust Azman Shafawi bekas Adun Rantau Abang dan bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu yang cuma dapat 192 undi.

Kalau tengok posting lama aku yang mengulas keputusan pemilihan PAS tahun 2015, nampak jelas beza jumlah undi calon yang masuk senarai 'chai Hj Hadi' berbanding calon yang tak masuk 'chai Hj Hadi tu'.

Apapun, tak kira siapa pun yang akan pegang jawatan dalam PAS selepas prmilihan PAS nanti tak penting sebab tidak akan mengubah apa-apa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...